Sunday, July 29, 2012

Sekadar Renungan

Mari kita renungkan bersama...

Setiap hari kita ketawa.
Setiap hari kita jumpa kawan.
Setiap hari kita dapat apa yang kita inginkan.
Tetapi...kenapa hati kita tak gembira?
Kita solat setiap hari.Kita berdoa selalu pada Allah.Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah.
Tetapi...kenapa susah sangat doa kita nak makbul?
Sedangkan Allah ada berfirman, "Berdoalah pada ku,nescaya akan Ku kabulkan.."

Apa masalah kita?

Hati kita tidak gembira sebab kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada.Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat.Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada,sampai kita lupa melihat nikmat di sekeliling kita.Kita berdoa,tetapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?
Sebab kita asyik meminta pada Allah,tetapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah,sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah.
Alangkah tidak malunya pada kita.
Kita merintih,kita merayu agar Allah makbulkan doa kita.Tetapi,lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah,kita tidak bersyukur pada Allah.Apabila datang kesusahan,baru ingat Allah balik.Baru nak menangis,merintih....mintak Allah pandang kita.
Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?
 
Cuba kita renung diri kita.
Cuba hitung,berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari?Tak payah seminggu,cukuplah sehari sahaja.Berapa kali agaknya?Itu pun kalau ada....

Pernah kita bangun malam,solat sunat?Solat tahajud?Solat Taubat?Pernah?

Sahabat-sahabatku....
Betapa Allah muliakan kejadian manusia.Tapi,kita sendiri tidak memelihara diri kita.Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba.Kita lupa kepada yang mencipta diri kita.Bahkan,kita alpa dengan nikmat yang ada.
Lembutkanlah hati kita.Tundukkanlah diri kita pada Allah.Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita.Semua itu tidak akan kekal.Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu.Ikhlaskanlah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

THANKS READINGS ! DON'T FORGET BE MY FOLLOWER YEAH :)

Saturday, July 28, 2012

Doa Seorang Isteri

Doa Seorang Isteri

Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insn lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..
p/s : Doa ni boleh copy bagi sesiapa yang memerlukan :)



THANKS READINGS ! DON'T FORGET BE MY FOLLOWER YEAH :)