Friday, February 7, 2014

lahirnya dia kedunia.

Assalamualaikum...

harini hari ke-43 aku berpantang.rasa kejap sangat.rasa macam baru 'push'kan Qalisha dalam labour room.serious tak tipu!pengalaman mengandung dan melahirkan Qalisha adalah pengalaman yang sangat indah dalam hidup aku.

sakit?
hanya Allah Maha Mengetahui.memang sakit sampai tak boleh nak gambarkan sakitnya macam mana.pinggang rasa macam nak patah.kehulu hilir dalam wad.mintak simpati dekat nurse,doktor.lidah tak henti henti dengan zikir.ulang alik masuk tandas sebab muntah.Allahuakbar!nak dapatkan sesuatu yang istimewa,mesti akan diuji.

push?
masa last cek jalan,baru bukak 5cm.terus nurse bawak masuk labour room.sampai kat LR jalan dah fully.fuh!legaaaaa.maknanya dah boleh terus push.tak ada la kena tunggu jalan bukak 1cm ke 1cm.Alhamdulillah.Allah permudahkan urusanku.masa nk pushkan baby tu,aku memang potpet2 je dekat doktor & nurse.sakit la.hebatnya ibu-2 kat dunia la.dan bla blaaa.doktor pun layannn jela patient dia.aku tahu,dorang pun faham sakit masa tu.aku tak ingat berapa kali aku push.tapi masa tengah sesorang push dalam LR,tetiba nurse bawak gunting masuk.terbeliak mata aku.dalam hati tu,'err,nak kena gunting ke?sakit ke?' emmmm.lastnya aku push sekuat kuat hati sampai nafas tak cukup.baru nak amik nafas baru,tengok-2 baby dah ada dekat tangan nurse (1.45pagi.18.1.2014).lepas je baby keluar,automatik sakit yang bagai nak gila tu hilang.Alhamdulillah :)

1st time tengok baby?
haruslah aku menangis bila kali pertama tengok anak sendiri.dalam lemah lemah tu aku gagahkan diri nak tengok anak.Syukur.anak aku lahir dengan sempurna.bila dengar suara anak aku menangis,lagi laju aku menangis.sebab aku fikir anak aku menangis sebab sejuk ke pun.ke lapar.hahaha.yela pun kan.dalam LR sejuk menggigil.hehe.masa first time susu kan anak,rasa best sangat.sebab dapat susu kan anak sendiri dengan susu badan.terima kasih Allah.

and now,aku dah pun menjadi mama kepada seorang bayi perempuan yang di beri nama Kajol (ok aku tipu).hahaha.yang di beri nama NURUL NADHRAH QALISHA.qalisha yang kini menjadi penghibur hati aku.yang makin banyak akal nya sejak akhir-2 ni.yang suka menangis macam kena marah.yang murah dengan senyuman.terima kasih untuk segalanya sayang.mama gembira dengan kehadiran awak.tak ada apa yang mama mintak dari awak selain menjadi anak yang Solehah serta taat pada perintah Allah.apabila awak taat pada Allah,automatik awak akan taat pada mama dan papa.

terima kasih kepada semua yang selalu beri kata kata semangat dan kongsi info-2 yang aku tak tahu.dari aku mengandung,bersalin sampai nak habis pantang ni.terima kasih banyak2.hanya Allah dapat membalas jasa kalian semua.

kbai!
THANKS READINGS ! DON'T FORGET BE MY FOLLOWER YEAH :)

Monday, March 11, 2013

Save The Date !

Assalamualaikum 


tunggggggggguuuuuuuuuu........


THANKS READINGS ! DON'T FORGET BE MY FOLLOWER YEAH :)

Saturday, March 9, 2013

Kepentingan Tidur Malam

Penting sangatkah waktu tidur? Jawapannya YA. Tidur memanglah tersangatlah penting kerana badan kita perlukan rehat.  Rehat bagi tubuh kita adalah tidur. Tidur pada waktu yang normal yang biasanya 6 hingg 8 jam. Pada tempoh ini berlakunya banyak proses biologikal terutama detoksifikasi atau penyikiran toksin daripada abdomen-abdomen tertentu. Bayangkan jika kita tidak tidur, maka tiadalah toksin yang disingkirkan.
 
Pukul 9 - 11 malam
Masa sesuai untuk badan membuang segala toksin. Pada masa ini, kita seharusnya berada dalam keadaan yang relaks.

Pukul 11 malam - 1 pagi
Proses detoksifikasi berlaku dalam hati dan proses ini berlaku semasa kita sedang tidur.

Pukul 1 - pagi
Proses detoksifikasi dalam hempedu yang juga semasa kita sedang nyenyak tidur.

Pukul 3 - 5 pagi
Proses detoksifikasi dalam paru-paru dan biasanya pada waktu ini ada sesetengah orang akan mudah terbatuk.

Pukul 5 - 7 pagi
Proses detoksifikasi dalam usus besar pula berlaku.

Pukul 7 - 9 pagi
Penyerapan nutrien dalam usus kecil. Pada masa ini kita seharusnya mengambil sarapan pagi. Sarapan juga penting bagi permulaan pagi anda yang penuh ceria.
 
p/s : jadi jangalah korang bangga sangat bila seharian tak tidur.kesihatan kene jaga okay.SELAMAT MALAM


THANKS READINGS ! DON'T FORGET BE MY FOLLOWER YEAH :)

Monday, December 31, 2012

Resipi Gulai Sardin :)

Assalamualaikum..

Tetiba je nak share resipi ni.Dok borak dengan abang tadi terus terliur je bila cakap pasal gulai sardin.So,Eira nak share la dengan korang.Selalunya kita makan sardin warna Merah kan.But yang ni warna Kuning.Eira tahu pun dari Mak Sedara from Seremban.Dia yang kenalkan.So,,kepada korang korang semua.SELAMAT MENCUBA!!



Bahan-bahan ( 1tin besar, 4orang makan )

  • 1 tin besar sardin
  • santan (sebelah kelapa, jangan terlalu pekat)
  • 2 batang serai
  • 8-10biji cili api ( ikut pedas)
  • kentang (kalau suka)
  • sebiji limau nipis
  • 2keping asam gelugor, nisan sikit
  • kunyit 1inci


Cara-cara

  1. asingkan ikan sardin dan sosnya.
  2. jerang santan+asam keping+nisan+kentang, kacau jangan sampai naik kepala.
  3. dah didih, masuk kunyit+cili api yang diblend, + serai yang diketuk dan kuah sardin. boleh masuk garam dan perasa sekali.
  4. kacau hingga mendidih, bolehlah masukkan ikannya dan perah asam limau nipis untuk kurangkan bau ikan dan menambah sedapkan gulai
  5. sedia dihidangkan


THANKS READINGS ! DON'T FORGET BE MY FOLLOWER YEAH :)

Saturday, December 29, 2012

PERSEDIAAN KAHWIN MUDA & CARA BERHADAPAN DENGAN IBU BAPA

Assalamualaikum..

Entry nak ini pulak Eira dapat dari Page BERCINTA SELEPAS NIKAH.Eira postkan dekat blog Eira supaya dapat share dengan yang lain dan dapat memberi manfaat kepada kita semua.In shaa Allah :)



9 tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-


1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.

2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.

3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.

4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.

5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.

6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.

7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.

8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.

9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.

Percayalah Bercinta Selepas Nikah itu sangat indah :)


THANKS READINGS ! DON'T FORGET BE MY FOLLOWER YEAH :)

13 Tips Kahwin Oleh Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum..

Untuk entry seterusnya Eira nak share tips kahwin dari UAI.Entah kenapa la kan nak update pasal kahwin pulak ni :) Semoga entry ni memberi manfaat kepada yang bakal mendirikan rumahtangga dan yang telah mendirikan rumahtangga.Selamat Membaca =)

1.KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2.KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3.KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4.KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5.KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6.SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7.KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8.KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9.KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


THANKS READINGS ! DON'T FORGET BE MY FOLLOWER YEAH :)