Monday, December 31, 2012

Resipi Gulai Sardin :)

Assalamualaikum..

Tetiba je nak share resipi ni.Dok borak dengan abang tadi terus terliur je bila cakap pasal gulai sardin.So,Eira nak share la dengan korang.Selalunya kita makan sardin warna Merah kan.But yang ni warna Kuning.Eira tahu pun dari Mak Sedara from Seremban.Dia yang kenalkan.So,,kepada korang korang semua.SELAMAT MENCUBA!!



Bahan-bahan ( 1tin besar, 4orang makan )

  • 1 tin besar sardin
  • santan (sebelah kelapa, jangan terlalu pekat)
  • 2 batang serai
  • 8-10biji cili api ( ikut pedas)
  • kentang (kalau suka)
  • sebiji limau nipis
  • 2keping asam gelugor, nisan sikit
  • kunyit 1inci


Cara-cara

  1. asingkan ikan sardin dan sosnya.
  2. jerang santan+asam keping+nisan+kentang, kacau jangan sampai naik kepala.
  3. dah didih, masuk kunyit+cili api yang diblend, + serai yang diketuk dan kuah sardin. boleh masuk garam dan perasa sekali.
  4. kacau hingga mendidih, bolehlah masukkan ikannya dan perah asam limau nipis untuk kurangkan bau ikan dan menambah sedapkan gulai
  5. sedia dihidangkan


THANKS READINGS ! DON'T FORGET BE MY FOLLOWER YEAH :)

Saturday, December 29, 2012

PERSEDIAAN KAHWIN MUDA & CARA BERHADAPAN DENGAN IBU BAPA

Assalamualaikum..

Entry nak ini pulak Eira dapat dari Page BERCINTA SELEPAS NIKAH.Eira postkan dekat blog Eira supaya dapat share dengan yang lain dan dapat memberi manfaat kepada kita semua.In shaa Allah :)



9 tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-


1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.

2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.

3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.

4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.

5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.

6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.

7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.

8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.

9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.

Percayalah Bercinta Selepas Nikah itu sangat indah :)


THANKS READINGS ! DON'T FORGET BE MY FOLLOWER YEAH :)

13 Tips Kahwin Oleh Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum..

Untuk entry seterusnya Eira nak share tips kahwin dari UAI.Entah kenapa la kan nak update pasal kahwin pulak ni :) Semoga entry ni memberi manfaat kepada yang bakal mendirikan rumahtangga dan yang telah mendirikan rumahtangga.Selamat Membaca =)

1.KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2.KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3.KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4.KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5.KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6.SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7.KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8.KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9.KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


THANKS READINGS ! DON'T FORGET BE MY FOLLOWER YEAH :)

10 Sebab Kenapa Perlu Kahwin Muda !

Assalamualaikum..

Kahwin Muda? Mesti ramai yang tertanya-tanya tentang mengapa cepat benar mahu kahwin? Berapa umur kahwin? Sudah ada kerja atau tidak? Keluarga dah benarkan? Tak syoklah kahwin awal, mesti anda tertanya-tanya...Ada saya kesahh?Awal atau lambat tu kan kerja Allah :)

Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :

*1 Tuntutan agama
Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?

KELEBIHAN NIKAH

saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!
Allhhurabbi..SERONOKNYA.


*2 Mengelak daripada zina
Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun. Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang: SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight,  bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.

*3 Menjadi lebih bertanggungjawab
Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja atau belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.

*4 Menimbulkan ketenangan jiwa
Jika bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina

*5 Fikiran lebih matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook,  dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.

*6 Membaiki diri
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.

*7 Plan jangka panjang
Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan.

*8 Seks yang lebih berkualiti
Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.

*9 Rezeki bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kebutuhan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.

*10 Jangan tunggu lama-lama
Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, bukan? Jika benar anda menyayanginya dan berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. Andai itu berlaku, gigit jari sajalah.
*  *  *
Jika anda sudah menemui si pengarang jantung hati yang mencintai anda seadanya,
yang bersama anda di kala panas atau hujan,
yang sudi melengkapi kekurangan anda,
yang anda yakin untuk dibawa bertemu orang tua anda,
yang akan melahirkan zuriat anda
yang anda akan melangkah ke syurga bersamanya…
Apa ditunggu lagi??


Hantarkan rombongan meminang secepat yang mungkin! :)



THANKS READINGS ! DON'T FORGET BE MY FOLLOWER YEAH :)