Friday, December 10, 2010

GASTRIK kembali ~

Pagi pagi lagi perut aku dah berbunyi bunyi . Tak tahu laa apsal nye . Sakitnye Allah je yang tahu . Rasa nak nangis nangis je mintak tolong . Astuh pagi tadi aku bagitau daddy yang sakit aku datang balik . Last2 nye daddy cakap after solat Jumaat pergi hospital . Aku memang ada sakit GASTRIK ! Memang dah melampau pun sakitnye . Kadang2 tuh naik bosan jugak aku nak jumpa doktor nih . Balik2 cakap benda yang sama.  Bosan giler2 !! Naik rimas pun ada . Tak habis2 dengan jawapan doktor yg sama . HAIH !

Bila nak transfer mintak jumpa doktor pakar tak kasi pulak . Tak tahu laa apa masalah sebenarnya . Tu sebab laa aku malas nak jumpa doktor . Kadang2 tuh ubat2 yang doktor kasi pun aku buang je dalam tong sampah . Maybe situ je tempat paling sesuai ubat2 tuh ada . Uwaa , tak suka sungguh .


Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi

Punca-punca lain Gastrik:
  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.

Tip Sepanjang Bulan Puasa
  • Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
  • Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
  • Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
  • Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
  • Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  • Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
  • Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
  • Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
  • Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
  • Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.
p/s : Pisstt ! Korang , jaga kesihatan tu oke ! Jangan abaikan kesihatan . Nanti tak pasal2 sakit pulak . Sayangi diri anda  :)

THANKS READINGS ! DON'T FORGET BE MY FOLLOWER YEAH :)

0 comments: